//The Reason Love






Hello, welcome to my blog . Be nice here. Don't try to copycats, or I kill you babe . Haha , do follow me ? Thankyouuuuuuuuu :)

♥ Profile | ♥ Linkies | ♥ Entries










Template & Skin by : CikEyqaTesa.
Big help from : Tesa | Abe



Older Post
Sunday, 25 August 2013 | 00:37 | 0 Sweet Potato Pie
Assalamualaikum. Hi? Berabad aku tak update blog ni. Haha mesti rindu kan? Perasan lah kejup. Haha act banyak aku nak update. Sejak last aku update hari tu memang banyak dugaan yang berlaku. Tapi aku tetap tabah kan hati untuk bertahan menimpa dugaan ni. Pasal family, kawan and macam macam. Kalau hal family tu, memang aku tak luah lah kat sesiapa. Yelaaa, hal keluarga buat apa nak cerita kat orang ye dakk? Tapi kawan? Ohkayyy. Macam macam perkara berlaku. Aku malas nak ungkit or what. Aku diam je, memang lah aku nih tak penting dalam hidup diorang. Atleast jangan sampai kejam sangat menipu aku? kan? It's okay. Aku tak marah. Walaupun kita ni kawan dah lama, tapi tolong hormat or hargai kawan tu. Mayb one day dia akan pergi macam yang korang mintak kan. Adaaa one day baru ni aku gaduh dengan Ainaaa, memang lah sapa tak sakit hari bila orang yang kita anggap kawan baik tu menipu kita. Tapi hal tu aku tak ambik port sangat. So lepas ni ' DO UR OWN BUISNES ' itu perkataan dalam hidup aku. Tapi aku tak marah kan Ainaa lansung. Secondly Asyraf or as I call him Yap. Kiteorang cuma kawan, kawan yang lama. Haha, tapi dia pun sama jugak. Dalam diam dia hanya berpura pura kawan dengan aku. Belakang aku macam macam dia buat tapi depan aku baik sweet macam gula castor atas peti ais umah aku tuu. That time memang lah sakit hati. Siapa tak sakit hati kan? Nevermind, aku tak ambik hati pun. Lantak lah kau nak buat ape pun, janji kau bahagia macam ayat kat atas aku type tu :p Hal dalam kelas seperti biasa. Semua baik baik aje. Haha tapi Alhamdulilah lah hubungan sahabat aku masih kuat walaupun banyak dugaan yang menimpa.

            As usual kita mestilah tabah dengan dugaan rite? Aku pun macam tu jugak. Aku gemar bila aku sedih, aku akan bukak Al-Quran dan bacaa. Sumpah time tu hari amat tenang sangat. You Should try :) Kalau sedih try tau haha. And now about Rayaaaa !!!! Haha aku tak update pun pasal raya kan? Sory wehhh, lupa sangat nak update pasai raya. Tahun ni raya bagi aku tak lah sehappy macam last year. Macam biasa lah adat raya mesti ada ketupat, lemang, kuih raya and others. But yang aku sendiri tak percaya aku makan lemang time raya ! Haha sekian berapa tahun aku tak makan and akhirnya tahun ni aku makan. Haha kalau kuih raya pulak macam gitu je lah, aku jamah sikit sikit je. Baju raya? Haha sama jugak warna purple macam tahun lepas xD Dah tak tahu nak beli warna apa so beli je lah haha.

Uolss nak tahu tak? Bulan ramadhan macam biasa lah aku kalau free tolong tok meniaga kat bazar ramadhan. Lagi seminggu nak raya mungkin boleh ke pulak ada orang curi handbag sepupu aku kat tempat niaga? OMG ! sumpah terkejut gila sebab tak pernah ada orang mencuri kat area situ since tok aku niaga sejak 10 tahun yang lalu. Macam macam jugak lah yang hilang termasuk kunci kereta ! Arghhh, bila d ingat balik memang tension ahh pasal tu. Kita tak boleh buat apa apa. Tapi satu hari orang yang mencuri itu akan mendapat balasan dari Tuhan. Just need to 4 get it about that ! haha, kali ni aku update berjela jela pulak kan? Yelaaaa tak tahu pulak bila nak update lepas ni. Haha okaylah dah tak tahu nak update apa. So see you next time okay? Tc Assalamualaikum